Sunday, August 16, 2015

Info Jeragat & Kulit

  • Sejenis penyakit kulit.
  • Umumnya terbahagi kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag;
    • Seborrhoeic keratoses timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup.
    • Melasme - tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit.
    • Skin Tag - Daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher.
  • Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor.
  • Rawatan melalui pembedahan atau sapuan krim.
  • Individu berusia 40 tahun ke atas lebih tinggi risiko berjeragat.



Kulit

  • Kulit adalah organ terbesar yang memiliki berat sekitar enam paun, kulit berperanan melindungi otot dan organ manusia.
  • Kulit memerlukan tiga vitamin, A, C dan E untuk kekal sihat.
  • Pengambilan makanan seimbang serta pemakanan tambahan baik untuk mendapatkan kulit sihat.
  • Vitamin A, C dan E, selenium dan zink adalah antioksidan yang membantu membaik pulih kolegen dan pemutihan kulit.
  • Asid lemak (EFAs) penting sebagai membentuk lapisan yang menghalang kehilangan kelembapan kulit, penting bagi mengatasi masalah kedutan dan kering.
  • Kandungan air penting untuk kelembapan kulit.
  • Kulit manusia terbahagi kepada dua lapisan utama iaitu epidermis dan dermis.
  • Secara saintifik, kulit mengawal suhu badan, menyimpan air, lemak dan vitamin D.
  • Kulit yang terdedah pada cahaya matahari menghasilkan pigmen melanin yang berlebihan untuk melindungi daripada pancaran UV sehingga menyebabkan pigmentasi.
  • Masalah tekanan seperti eczema akan merosakkan kulit.


Penjagaan kulit

  • Kulit harus dibasuh, dilindungi dengan krim pelembap dan pelindung matahari.
  • Lindungi kulit daripada sinaran matahari dari jam l2 tengah hari sehingga 4 petang.
  • Gunakan krim tabir suria dengan SPF15 dan ke atas.
  • Jika bersolek, gunakan kosmetik dengan pelindung sinaran matahari SPF15 dan ke atas.
  • Jangan merokok dan jauhkan diri daripada asap rokok.
  • Gunakan krim pelembap untuk mencegah kekeringan kulit.
  • Cahaya matahari yang mengandungi sinaran UV mempercepatkan proses penuaan dan pigmentasi, elakkan kulit terdedah terlalu lama pada cahaya matahari.
Untuk mendapatkan segala informasi atau rawatan sila hubungi kami!!


Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484
Shah Alam : 019-396 3678 /03--55233505
Bangi : 03-8928 9334/ 016-225 9334
Nilai : 012-358 5949
Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698
Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561
WHATSAPP : 012-608 0159

WEBSITE : marissa-esthetic.com
FACEBOOK : Marissa Aesthetic
WEBSITE : Dr Rushmini

PM kami terus untuk maklumat lanjut:
www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ

Wednesday, August 12, 2015

Rawatan Astetik Daripada Klinik Yang Bertauliah

HARIAN METRO
Ahad, 26 Julai 2015 @ 5:00 AM

Akhbar harian metro telah menulis artikel tentang estetik dalam kalangan masyarakat di Malaysia.Namun begitu,obses terhadap kecantikan membuatkan sesetengah masyarakat lupa atau ‘pejam mata’ terhadap kesan sampingan suntikan filler tanpa memastikan ia palsu ataupun asli.

Lebih menyedihkan, ramai yang kurang pengetahuan bagaimana mahu mengenal pasti suntikan filler palsu dan asli. Tanpa peduli kesan sampingan jangka panjang, semakin ramai yang tertipu dengan kesan jangka pendek suntikan ini.

Ketua Pengarah Eksekutif Perubatan Estetik Pusat Perubatan Beverly Wilshire, Dr Liow Tiong Sin berkata, masih ramai bersikap tidak ambil kisah mengenai suntikan filler sama ada palsu atau asli.

“Pada hakikatnya, memang susah hendak membezakan antara filler palsu atau asli dengan mata kasar kerana pembungkusan dan label produk palsu itu sendiri kelihatan seakan filler asli.

“Pengeluar filler asli seperti Galderma yang disahkan Kementerian Kesihatan tidak dibenarkan menjual bahan suntikan seperti filler kepada sesiapa melainkan doktor estetik yang berlesen yang beroperasi di klinik estetik yang berlesen sahaja.

“Justeru, sekiranya filler atau rawatan filler didapati bukan daripada doktor atau klinik estetik yang berlesen, seperti dijual di ekspo kecantikan, salun kecantikan atau melalui Internet, kemungkinan ia adalah palsu dan bukan daripada pengeluar filler disahkan,” katanya kepada Metro Ahad.

Menurutnya, bagi menjamin keselamatan pengguna, masyarakat perlu mendapatkan perkhidmatan estetik daripada klinik atau pusat perubatan yang berlesen dan pengamal perubatan estetik yang bertauliah sahaja.

Ia amat penting penyuntik filler berkenaan adalah pakar perubatan bertauliah yang arif tentang anatomi wajah dan tubuh manusia supaya suntikan itu dilakukan pada lapisan kulit yang betul.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai bahan yang digunakan dalam suntikan filler itu, beliau menjelaskan terdapat pelbagai bahan yang digunakan dalam filler palsu, termasuk silikon atau asid hilorunik yang tidak asli dan tidak steril, liquid parafin, gel petrol dan juga minyak sayur yang membahayakan kesihatan.

“Antara risiko menggunakan suntikan filler palsu adalah kebanyakan bahan ini tidak boleh diterbiodegradasikan (are non-biodegradable) dan akan kekal dalam tubuh pesakit sepanjang hayat. Ia kelihatan seperti ketulan pejal di bawah kulit yang hanya boleh dikeluarkan melalui pembedahan.

“Selain itu, jika filler palsu disuntik ke dalam saluran atau pembuluh darah, saluran ini akan tersumbat seterusnya menyebabkan kematian sel di sekelillingnya.

“Pendek kata, bahagian tubuh yang menjalani suntikan akan menjadi busuk, satu proses yang dipanggil ‘necrosis’. Dalam kes begini, kulit dan daging yang telah busuk harus dibuang dan bahagian yang terjejas harus dibina semula dengan menggunakan teknik seperti graf kulit,” katanya.

Risiko lain jika filler palsu itu disuntik ke dalam saluran atau pembuluh darah yang menghala ke biji mata, ia boleh tersumbat dan pesakit boleh menjadi buta.

Pesakit juga boleh mengalami tekanan jiwa walaupun selepas membina semula bahagian yang sudah rosak akibat filler palsu ataupun akibat penyuntik yang tidak tahu mengenai anatomi wajah dan tubuh manusia.

Dr Liow berkata, kurang kesedaran menyebabkan perkara ini berleluasa. Beliau turut menasihati orang ramai yang mahu melakukan suntikan filler supaya membuat penyelidikan terlebih dulu.

“Sebelum menjalani apa-apa rawatan, pengguna harus membuat penyelidikan mengenai latar doktor, rawatan dan produk yang digunakan oleh pusat perubatan berkenaan.

“Mereka harus pastikan doktor dan klinik estetik berkenaan mempunyai lesen yang sah. Doktor yang sah akan memaparkan sijil yang mengesahkan beliau telah menjalani latihan berkaitan estetik daripada perbadanan estetik yang sahih dan dikenali.

“Doktor yang sah juga akan menjalankan rawatan di klinik yang berlesen serta terdaftar dan bukan di tempat seperti bilik hotel, salon kecantikan ataupun di rumah,” katanya.

Liow turut mengingatkan bahawa rawatan estetik bukan rawatan kecemasan. Pengguna harus diberi masa yang mencukupi untuk mempertimbangkan rawatan itu dan memilih pakar yang sesuai dengan diri mereka.

Pengguna harus berwaspada jika rawatan ditawarkan pada harga diskaun yang tinggi, dan penjual menjanjikan hasil yang tidak realistik (seperti rawatan yang boleh mengubah wajah pengguna 100 peratus supaya kelihatan seperti pelakon atau penyanyi terkenal).

Pengguna boleh mempertimbangkan maklumat daripada maklum balas serta ulasan peribadi pengguna yang pernah melalui prosedur dan produk tertentu yang dipaparkan menerusi Internet ataupun apabila berjumpa sendiri dengan seorang doktor.

Pengetahuan mendalam dapat membantu pengguna membuat keputusan yang bijak, selamat dan waras. Mengenai golongan yang lebih terdedah kepada risiko ini, Liow berkata wanita biasanya teraniaya kerana mereka lebih kerap ke pusat kecantikan dan terpedaya dengan promosi dan janji manis lebih-lebih lagi apabila produk palsu itu dijual pada harga diskaun yang murah.

“Biasalah wanita memang lebih terdedah kerana mereka sangat menitikberatkan soal kecantikan dan sanggup berhabis ribuan ringgit asalkan hasilnya memuaskan.

“Tetapi perlu diingat, suntikan filler tidak asli akan memberi kesan sampingan jika diambil berterusan. Bukan sahaja akan mengalami bengkak dan ketulan berkekalan yang boleh bertukar menjadi barah, ada kala ia boleh merosakkan rupa seseorang sehingga perlu menjalani pembedahan bina semula yang memakan kos amat tinggi.

“Itupun bahagian yang terjejas tidak boleh 100 peratus kembali kepada asal. Pesakit boleh mengalami tekanan jiwa walaupun setelah menjalani pembinaan semula,” katanya sambil menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati terutama dengan filler harga lebih rendah.


Dapatkan rawatan estetik di MARISSA ESTHETIC di cawangan berdekatan anda. Pusat rawatan estetik Marissa merupakan salah satu pusat rawatan PAKAR ASTETIK DAN ANTI PENUAAN.



Untuk mendapatkan segala informasi atau rawatan astetik sila hubungi kami!!



Semenyih (HQ) : 03-8723 4808 / 013-244 8484

Shah Alam : 019-396 3678 / 03--55233505
Bangi : 03-8928 9334/ 016-225 9334

Nilai : 012-358 5949

Melaka : 06-317 0412 / 013-338 6698

Kuantan : 017-358 1619 / 09-517 3561

WHATSAPP : 012-608 0159

WEBSITE : marissa-esthetic.com

FACEBOOK : Marissa Aesthetic

WEBSITE : Dr Rushmini

PM kami terus untuk maklumat lanjut >>

www.facebook.com/messages/MarissaAestheticHQ