Thursday, September 11, 2014

Senaman Regangan Sebelum Tidur




Senaman regangan

Waktu tidur merupakan waktu yang dinantikan oleh setiap individu setelah seharian penat bekerja. Kadang kala sesorang itu mengambil masa yang lama untuk nyenyak tidur. Melakukan senaman regangan sebelum tidur boleh diamalkan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Senaman regangan atau “stretching” adalah senaman yang dilakukan dengan memanjangkan otot-otot bertujuan untuk meningkatkan fleksibiliti dalam pelbagai gerakan. Senaman regangan juga penting dalam dalam program rehabilitasi. Ia membantu membantu menyediakan badan untuk bersedia berhadapan dengan aktiviti yang seterusnya. Melakukan senaman regangan selepas melakukan aktiviti memberikan banyak kebaikan kepada badan kita. Bagi individu yang bekerja, mereka cenderung untuk berasa stress denga kerja-kerja seharian mereka. Senaman regangan sebelum tidur ini boleh merehatkan minda mereka di samping dapat meregangkan otot-otot. Badan dan otak akan menjadi relaks dan memudahkan anda tidur dengan selesa. Senaman ringkas ini di mulakan dengan bahagian bawah badan dan di akhiri dengan bahagian atas. Ia merupakan senaman yang mudah dan boleh dilakukan oleh semua orang kerana anda hanya memerlukan masa selama 5-10 minit. 

Kebaikan senaman regangan. Antaranya kebaikannya ialah;

1) Membantu mengurangkan masalah sakit otot, 

2) Membantu mengurangkan paras adrenalin dalam darah, 

3) Membenarkan kadar jantung kembali ke kadar rehat, 

4) Meningkatkan fleksibiliti otot, 

5) Mengelakkan kecederaan, 

6) Mengurangkan ketegangan otot

7) Melancarkan perjalanan darah ke semua bahagian badan


Aktiviti senaman regangan

1) Leg stretch 

- Sebelah kaki di luruskan dan sebelah lagi di lipatkan. Sebelah tangan diletakkan di lutut, sebelah tangan lagi menarik hujung tapak kaki.



2) Butterfly 

- Dalam keadaan duduk, kedua-dua belah tapak kaki dirapatkan. Siku menekan bahagian paha kebawah dan badan di tundukkan ke depan.


3) Cobra pose

-Dalam posisi meniarap, muka mengahadap lantai dengan kedua-dua belah ibu jari kaki lurus ke depan. Pastikan tangan rapat kesisi, dalam keadaan bengkok. Angkat dagu dan dada perlahan lahan, bahagian badan anda akan disokong oleh lengan.



4) Prayer Pose

- Melutut dengan kedua-dua belah kaki dilantai. Duduk dia atas tumit anda, kemudian bengkok kan badan anda dengan merendahkan dada ke paha. Luruskan tangan, dan tapak tangan diatas lantai.



Friday, September 5, 2014

10 FAKTA OBESITI


Sedar atau tidak Malaysia merupakan negara teratas yang mengungguli carta penduduk paling ramai menghadapi obesiti di rantau Asia Tenggara manakala negara keenam di rantau Asia Pasifik. Ini merupakan perkara yang sangat memalukan khususnya kepada kepopularitian kita terhadap isu kesihatan. My Decrescendo hari ini ingin berkongsi 10 fakta menarik tentang obesiti di seluruh dunia sebagai pedoman kepada semua. Harap informasi ini dapat dikongsi sebagai iktibar buat kita semua.
1. Kajian kesihatan global mengesahkan stress (tekanan) dan kurang tidur merupakan punca utama obesiti.
2. Pusat perubatan Universiti Duke mendapati bahawa wanita dan lelaki yang kehilangan 10 peratus jumlah berat badan mereka, akan berlaku peningkatan yang ketara dalam kualiti kehidupan ranjang.
3. Kajian kesihatan global mendapati obesiti merupakan pembunuh di tangga kedua selepas penggunaan tembakau (rokok).
4. Kajian kesihatan percaya obesiti mengurangkan tangga usia hidup seseorang rata-rata selama 7 tahun.
5. Obesiti meragut 2/3 nyawa dalam tempoh sehari di seluruh dunia.
6. Hampir 30% (43 juta) pesakit obesiti di seluruh dunia terdiri dari kanak-kanak berumur 5 tahun ke atas.
7. Paul Mason, 48 tahun dipercayai lelaki paling gemuk di dunia dengan berat 444.52 kg.
8. Mississipi merupakan negeri di Amerika Syarikat yang mencatatkan kenaikan dewasa paling ramai mengalami obesiti sebanyak 25%. Ini kerana Mississipi terkenal dengan pelbagai jenis makanan ringan yang enak seperti pie, sweet potato crunch, dan udang goreng. 
9. Kajian mendapati 35% daripada pengambilan kalori harian kita berasal dari makanan di restoran terutama fast food.

10. Beberapa syarikat penerbangan dunia telah membelanjakan $275 juta untuk 350 juta gelen tembahan bahan api antara tahun 2000 hingga 2001. Peningkatan bahan api ini adalah semata-mata untuk menampung berat tambahan penumpang yang semakin ketara (penumpang obesiti).