Tuesday, August 26, 2014

Kenali Jerawat


Kenali Jerawat Anda


Jerawat atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai Acne Vulgaris. Ia terjadi apabila minyak ataupun sel – sel kulit yang telah mati menyumbat liang – liang kulit anda. Kulit akan mengalami beberapa perubahan seperti bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat ringan), jerawat dengan bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat sederhana) dan bengkak yang dalam dan menyakitkan di bahagian bawah kulit, sama ada bernanah atau tidak (jerawat yang teruk).


Sebab Jerawat Tumbuh?


Kebiasaanya jerawat terjadi apabila minyak dan sel -sel kulit yang mati tersumbat di liang kulit anda. Keadaan menjadi teruk apabila kuman atau bakteria memasuki liang kulit yang tersumbat ini, ia akan menyebabkan kemereh – merahan , bengkak dan nanah akan terhasil. Kebanyakan orang akan mengalami jerawat pada usia remaja. Antara sebab jerawat tumbuh ialah kerana perubahan hormon. Biasanya ia berlaku di kalangan remaja yang baru memasuki akil baligh. Apabila mereka memasuki usia akil baligh, kulit mereka akan menjadi lebih berminyak. Di samping itu, terdapat beberapa kajian perubatan, keadaan jerawat juga boleh diwarisi. Ini bermakna jika salah seorang ibu bapa anda mempunyai jerawat, kebarangkalian untuk anda mempunyai jerawat juga lebih tinggi. Ada juga yang mendapat jerawat kerana penggunaan bahan pencuci muka yang tidak sesuai dengan kulit mereka. Penggunaan pencuci muka berasaskan minyak juga akan menyebabkan jerawat ini terjadi.


Jenis Jerawat


Jenis-jenis jerawat terdapat dalam pelbagai jenis dan mengikut peringkat, antaranya ialah whitehead, blackhead, papules dan pustules. 

Whitehead adalah keadaan jerawat yang terjadi akibat daripada tersumbatnya liang kulit. Perbezaannya dengan jerawat lain ialah ia belum lagi dimasuki kuman / bakteria. Ia kelihatan seakan-akan warna kulit. Kita hanya melihatnya sebagai bonjolan sedikit. Bahagian atas bonjolan tidak terbuka. 

Manakala jerawat jenis blackhead keadaannya hampir sama dengan jerawat whitehead. Perbezaan ketara antara keduanya ialah jerawat blackhead bahagian atasnya terbuka. Ia mendedahkannya ke udara. Keadaan ini menyebabkan pengoksidaan berlaku. Ia akhirnya menyebabkan jerawat jenis ini berwana kehitaman. 

Jerawat jenis papules pula ialah satu jenis jerawat yang terjadi apabila whitehead atau blackhead mengalami keradangan / kemerahan tetapi belum lagi diisi dengan nanah. Ia berwarna merah, agak lembut dan saiznya lebih kurang beberapa sentimeter.

Dan pustules pula jerawat yang biasa kita lihat. Keadaannya ialah merah, keras dan bernanah. Pustules terjadi akibat dari jangkitan bakteria. 


Kaedah Rawatan 


Rawatan laser dematologi/ aesthetic merupakan salah satu kaedah rawatan yang paling berkesan dan sesuai untuk menghapuskan jerawat dan parut jerawat. Laser ialah satu jalur cahaya dalam jarak gelombang yang tertentu. Tindakan laser ini jauh ke dalam kulit yang membantu untuk mengurangkan aktiviti sel-sel jerawat. Antaranya ialah laser Isolaz yang telah diperakui oleh FDA (Food and Drug Administration) untuk rawatan bagi pelbagai peringkat. Isolaz mengunakan teknologi yang dikenali sebagai photopneumatic. Ia menggabungkan penggunaan vakum yang boleh menyedut kekotoran dari dalam pori-pori dengan mengecutkan liang sebum dan menanggalkan noda-noda hitam. Sedutannya mampu mengeluarkan semua nanah dan sebum yang menyumbat liang roma dengan sempurna. Sifat vakumnya yang handal dan unik, tidak menjejaskan sel kulit dan kulit juga tidak rosak tetapi kembali pulih dengan cepat. Cahaya broadband yang dipancarkan oleh laser Isolaz juga membunuh kuman. Apabila cahaya dari laser dipancarkan ia akan membuatkan kuman mati dan dinding bakteria juga mula pecah akibat daripada cahaya laser. Jerawat aktif apabila sebum di dalam kulit tersumbat dan menjadi pusat pembiakan kuman. Penggunaan krim muka yang berminyak dan kosmetik juga boleh menghasilkan jerawat kerana ia masuk ke dalam pori-pori dan menyebabkannya tersumbat. Ini menyebabkan bakteria pencetus jerawat menjadi aktif dan mudah membiak. Oleh itu aspek pembersihan muka juga perlulah dititikberatkan bagi mengelakkan jerawat. 


Cara Penjagaan Muka Berjerawat


Individu yang mengalami masalah jerawat seharusnya mengamalkan pola hidup yang sihat. Antaranya ialah:

1. Minum air secukupnya

2. Elakkan stress dan sentiasa rileks

3. Perbanyakkan makan sayuran dan buah-buahan

4. Sentiasa mencuci muka dgn air yang bersih 

5. Elakkan memicit jerawat untuk mengelakkan keadaan semakin teruk

6. Lakukan facial wajah secara rutin untuk mempercepat penyembuhan jerawat.


Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pakar rundingan berkaitan masalah jerawat dan parut jerawat, sila hubungi Marissa Aesthetic Nilai di talian 012-3585949

Saturday, August 23, 2014

PANDUAN MENGURANGKAN BERAT BADAN







PANDUAN MENGURANGKAN BERAT BADAN


Pengalaman menjadi seorang yang gemok/ obesity memang agak menghampakan kerana hampir 90% mereka yang mempunyai masalah kegemukan menemui kegagalan untuk menurunkan berat badan. Jika mereka turun sedikit berat akan mudah untuk naik semula ketahap asal atau melebihinya.

Tips yang sesuai diamalkan untuk masalah kegemukan: 

1.Mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya. Kekurangan rehat dan tidur boleh menjadikan sesorang itu lapar, secara tidak langsung meningkatkan selera makan. Makanan sampingan yang dimakan pada waktu ini mampu menaikkan berat badan.

2. Perbanyakkan menghidangkan sayuran dan buah-buahan untuk makan malam. Masak sayur sekejap pada suhu yang rendah serta kurangkan minyak dan perasa. Sayur dan buah mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden. Disamping itu, ia juga kurang kalori yang boleh menggemukkan.

3. Mulakan dengan memakan buah-buahan diikuti sup sayur. Ia boleh mengeyangkan tanpa mengemukkan.

4. Elakkan makanan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum. Sebaiknya, makan 'whole grain' wheat, oat, barley ataupun brown rice.

5. Elakkan juga makanan segera seperti kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets. 

6. Minuman seperti soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak juga perlu dielakkan. Ini kerana minuman ini mengandungi gula dan bahan pengawet yang terlalu banyak

7. Pengambilan Teh hijau sebagai minuman juga meruakan sesuatu yang berkhasiat. Teh hijau mempunyai banyak khasiat kerana ia mengandungi catechins, yang terdapat pada daun teh. Ia mampu memberikan banyak khasiat seperti pengurangan berat badan, anti-diabetic dan sebagainya.

8. Amalan pemakanan dirumah sekurang-kurangnya 5 kali dalam seminggu mampu memberikan banyak faedah. Melalui cara ini kita boleh mengawal kualiti makanan dengan memilih makanan yang berzat dan berkhasiat.

9. Amalkan memakan buah-buahan seperti pisang, epal, betik dan sebagainya ketika menonton TV atau ketika melayari internet. Buah-buahan ini mampu untuk memberikan ‘rasa kenyang’.

10. Selain itu, latih diri dengan menggunakan pinggan yang kecil menggantikan pinggan besar sewaktu mengambil makanan. Ini untuk melatih diri mengurangkan kuantiti makanan yang diambil.

14. Bila rasa lapar dan mengeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus atau peanuts bersama air mineral. Kekacang adalah makanan yang mengandungi kompleks karbohidrat, protein dan serat yang kaya. Ia kurang kalori dan mampu untuk memberikan rasa kenyang.

15.Banyakkan melakukan aktiviti dan senaman, selama 30-60 minit setiap hari. Aktiviti seperti berjalan dan berjogging mengelilingi tasik, bercucuk tanam, mengemas rumah dan sebagainya mampu menurunkan berat badan.

Untuk mendapatkan khidmat nasihat dan pakar rundingan berkaitan masalah berat badan, sila hubungi Marissa Aesthetic Nilai di talian 012-3585949